Friday, 23 January 2015

Bentuk bentuk perlembagaan



                                               


Perlembagaan terbahagi kepada 2 jenis
1.perlembagaan bertulis
2.perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yg dikumpulkan dan disusun dlm sebuah dokumen.ia mengandungi 3 sifat utama:

1.kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

2.parlimen mempunyai kuasa membuat undang undang terhadap Perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang undang yang bertentangan kebebasan asasi.

3.mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang undang dan melindungi perlembagaan.

Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.

Cth: akta parlimen dan keputusan keputusan mahkamah.

Tujuan perlembagaan

1.Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.

2.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

3.Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.

4.Alat untuk menyelesaikan masalah.

5.Menjamin riwayat negara bangsa.

6.Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Definisi perlembagaan




Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintahkan seperti yang termaktub dalam undang undang,adat dan peraturan yang lazim dipakai.

Perlembagaan tersebut bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan awam dicapai dan bagaimana kuasa diagihkan antara institusi kerajaan,samada di pusat atau pada peringkat tempatan.

Perlembagaan merupakan sumber undang undang tertinggi sesebuah negara.bertujuan untuk selaraskan pemerintahan negara. Selain itu,ia juga berperanan sbg garis panduan pembentukan undang undang samada di pihak pemerintah atau rakyat.

Perlembagaan persekutuan malaysia mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa,dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja raja melayu dan hak org melayu,agama,kewarganegaraan,kehakiman dan sbgnya.

Wednesday, 21 January 2015

ciri - ciri perlembagaan malaysia

















Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
(a).
Pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi
(b).
Agama Islam adalah agama rasmi tetapi kebebasan amalan agama-agama lain dibenarkan.
(c).
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
(d).
Kedudukan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang
(e).
Yang Di-Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.



Sunday, 18 January 2015

konsep keluhuran perlembagaan





Pengenalan


  • setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu adat temenggung dan adat perpatih.
  • adat perpatih biasanya diamalkan di negeri sembilan dan melaka.
  • masyarakat melayu tradisional pentingkan adat dalam kehidupan mereka.
  • situasi tersebut menggambarkan wujudnya satu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.
  • perlembagaan moden diperkenalkan setelah tanah melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan diperkemas setelah terbentuknya Persekutuan malaysia pada tahun 1963.