Friday, 23 January 2015
Bentuk bentuk perlembagaan
Perlembagaan terbahagi kepada 2 jenis
1.perlembagaan bertulis
2.perlembagaan tidak bertulis
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yg dikumpulkan dan disusun dlm sebuah dokumen.ia mengandungi 3 sifat utama:
1.kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2.parlimen mempunyai kuasa membuat undang undang terhadap Perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang undang yang bertentangan kebebasan asasi.
3.mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang undang dan melindungi perlembagaan.
Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.
Cth: akta parlimen dan keputusan keputusan mahkamah.
Tujuan perlembagaan
1.Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
2.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
3.Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
4.Alat untuk menyelesaikan masalah.
5.Menjamin riwayat negara bangsa.
6.Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
2.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
3.Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
4.Alat untuk menyelesaikan masalah.
5.Menjamin riwayat negara bangsa.
6.Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Definisi perlembagaan
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintahkan seperti yang termaktub dalam undang undang,adat dan peraturan yang lazim dipakai.
Perlembagaan tersebut bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan awam dicapai dan bagaimana kuasa diagihkan antara institusi kerajaan,samada di pusat atau pada peringkat tempatan.
Perlembagaan merupakan sumber undang undang tertinggi sesebuah negara.bertujuan untuk selaraskan pemerintahan negara. Selain itu,ia juga berperanan sbg garis panduan pembentukan undang undang samada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan persekutuan malaysia mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa,dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja raja melayu dan hak org melayu,agama,kewarganegaraan,kehakiman dan sbgnya.
Wednesday, 21 January 2015
ciri - ciri perlembagaan malaysia
Sunday, 18 January 2015
konsep keluhuran perlembagaan
Pengenalan
- setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu adat temenggung dan adat perpatih.
- adat perpatih biasanya diamalkan di negeri sembilan dan melaka.
- masyarakat melayu tradisional pentingkan adat dalam kehidupan mereka.
- situasi tersebut menggambarkan wujudnya satu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.
- perlembagaan moden diperkenalkan setelah tanah melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan diperkemas setelah terbentuknya Persekutuan malaysia pada tahun 1963.
Subscribe to:
Posts (Atom)